Tvduh Menteri Agama Punca Klvster Baru Di Seremban, Sekali Kena Balik Sampai Menyesal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi menjadi mangsa serangan netizen apabila ada yang mengaitkan beliau dengan beberapa kVster COV1ID-19 baru di Negeri Sembilan.

Isu itu tercetus apabila ada segelintir yang tanpa usul periksa mengaikan kejadian di Seremban yang turut membabitkan kes murid sekolah dengan menteri tersebut.

Tidak mahu perkara tersebut menjadi lebih teruk, Zulkifli kemudian tampil menjawab tohmahan berkenaan.

“Mengaitkan saya dengan kluster pelajar tahfiz di Senawang adalah fi1tnah.

“Tak benar. Recent spikes tidak berkaitan saya. Semua contact rapat saya telah selesai saringan. Terima kasih,” katanya.

Sementara itu, menurut pengawainya pula, kes baru iaitu Kluster Kaya, Kluster Sofi, Kluster Auto memang tiada kena mengena dengan menteri tersebut.

“Kluster terbaharu Negeri Sembilan, Kluster Kaya. Itu dekat dengan Masjid  Nilai, warganegara asing. Tak pernah ada contact rapat Menteri

“Kluster kedua di N9, kluster budak-budak sekolah tu. Itupun tak pernah ada rekod jumpa Menteri/contact rapat,” katanya menerusi beberapa ciapan di Twitter.

Susulan kejadian tersebut, ada netizen akhirnya tampil memohon maaf kerana telah menuduh bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

“Salam Dr Zul, saya mohon ampun dan maaf sebab bersangka buruk dan mungkin menyebar f1itnah tentang perkara ni di kalangan circle saya. Saya salah. Dan saya pohon maaf,” kata seorang netizen.

“Lah 1fitnah ke? Mohon Maaf Dr Zul, saya ingatkan betul,” kata seorang lagi netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "Tvduh Menteri Agama Punca Klvster Baru Di Seremban, Sekali Kena Balik Sampai Menyesal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*