Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian,- “Saya beli cincin, majlis kahwin Disember ini”

AJAL m@ut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Begitulah juga perjalanan hidup Abdul Aziz Limon, 65, apabila dia baru sahaja bertunang dengan wanita pilihan hatinya pada 17 Oktober lalu.

Apa yang menarik, anak tunggal kepada warga emas itu, Norashikin, 32, berbesar hati untuk menjadi wakil bapanya dalam upacara berkenaan.

Malah, video memaparkan Norashikin sedang menyarungkan cincin ke jari Asnah Ibrori, 54, turut menjadi tular setelah ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

Menurut Norashikin, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat bapanya bahagia dan berharap jodoh baharu itu akan berkekalan selamanya.

“Mak saya meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada tahun 2018. Dalam tahun ini abah maklumkan pada saya dia nak berkahwin.

Norashikin diapit bapa dan bakal ibu tirinya bersama ahli keluarga yang lain dalam majlis pada 17 Oktober lalu.

“Abah tanya bila nak jumpa makcik (bakal isteri). Saya agak sibuk, tak sempat sebenarnya. Namun baru-baru ini baru berkesempatan berkunjung ke rumahnya.

“Itu kali pertama saya jumpa makcik. Saya rancang, alang-alang pergi jumpa dia, apa kata terus meminang dan bertunang. InsyaAllah ikat tak lama, majlis kahwin akan dibuat pada Disember ini,” ujarnya kepada mStar.

Menurut jurusolek dan pelukis inai itu, dia sebagai anak tunggal mengakui kasihan melihat bapanya tinggal berseorangan.

Alhamdulillah tiada yang kec4m, ramai yang doakan ayah saya.

NORASHIKIN ABDUL AZIZ

M4lah, dia juga bersedia menerima kehadiran wanita itu bagi menjadi teman hidup bapanya selepas ini.

“Saya sendiri beli cincin. Saya yang rancang majlis itu. Memang selama ni pun saya yang buat semua untuk abah.

“Saya kes1an tengok abah sendirian. Walaupun ada kawan-kawan datang rumah, tapi susah sebenarnya nak cari teman hidup, teman s4kit.

Foto sekitar majlis pertunangan itu.

“Bila dia jumpa makcik, dia cerita pada saya… saya kata OK. Saya boleh terima, asal abah bahagia.

“Sebab saya pun dah berkeluarga, dah ada suami. Tapi saya tetap tak akan abaikan tanggungjawab kepada abah selepas ini,” ujarnya.

Dalam majlis di kediaman wanita itu di Larkin, Johor, Norashikin hadir berlima bersama bapanya, suami dan dua orang rakannya.

Kata Norashikin lagi, wanita itu mempunyai 11 anak dan dia menerima keluarga itu dengan hati yang terbuka.

“Makcik ada 11 anak. Tapi semua dah besar. Boleh jadi kawan-kawan saya.

Norashikin (dua dari kiri) mengakui tidak sangka video yang dikongsi di TikTok akan meraih perhatian ramai.

“Masa majlis tu kami pergi lima orang je. Maklumkah tengah Cov1d-19.

“Kemudiannya saya secara suka-suka kongsi di TikTok, tak sangka video tu jadi viral.

“Alhamdulillah tiada yang kecam, ramai yang doakan ayah saya,” ujarnya yang menetap di Kempas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian,- “Saya beli cincin, majlis kahwin Disember ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*