Baru Je Kecoh Kehilangan Scha Alyahya Di IG, Sekali Keputusan Ujian Covld-19 Dia Dan Suaminya Awal Didedahkan

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya memohon maaf kepada semua pihak yang merisaukan keadaan dirinya ekoran akaun Instagram miliknya ‘hilang’ semalam.

Scha menerusi video di Instagram Stroy berkata, apa yang berlaku hanyalah masalah teknikal ketika mahu membuat ‘link’ ke akaun media sosial lain.

“Saya ingin memohon maaf kerana tanpa sangaja ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ akaun ke media sosial lain. Kalau nak dicerita, panjang ceritanya dan saya tidak mahu buat anda bosan mendengarnya nanti.

“Apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang merisaukan keadaan diri saya. Jangan risau saya dan bayi dalam kandungan baik-baik saja. Semuanya okey,” katanya. 

Menurut Scha, dia mengakui berasa seronok apabila tiada IG namun platform itu sudah menjadi sumber mata pencarian dan sebahagian daripada kerjayanya.

“Sebenarnya seronok apabila tiada Instagram tapi nak buat macam mana, ia sebahagian daripada kerja. Jadi kena ada Instagram. Apapun saya sudah kembali,” katanya.

Terdahulu misteri kehilangan laman sosial Instagram Scha sejak semalam mencetuskan tanda tanya warganet.

Lebih membimbangkan, hantaran terakhir Scha dengan ayat ‘I’ve had enough’ petang semalam membuatkan ramai pihak berasa bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang hamil.

Malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial.

Scha, Awal negatif Cov1id-19

Kuala Lumpur: Pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Alyahya disahkan negatif Cov1id-19 selepas menjalani ujian saringan (swab test), di pusat perub4tan KPJ Damansara, semalam.

Dalam hantaran itu, Scha menyertakan video berdurasi lapan minit yang menunjukkan proses bagaimana ujian saringan itu dijalankan.

“Semalam, sempat buat ujian Co1vid-19 pandu lalu. Sebelum menjalankan ujian, perlu isi borang dan pilih slot waktu yang kita nak. Senang, mudah dan cepat.

“Kami jalani ujian sebab kami tinggal di zon mer4h dan perlu bekerja. Tadi, sekitar jam 11 pagi, dah dapat keputusan. Gementar menunggu keputusan, tapi Alhamdulillah, semuanya okay,” tulisnya.

Menerusi video itu, Awal yang juga pengacara Melodi menegaskan mengenai pentingnya ujian saringan bagi mereka yang berkeluarga dan terpaksa bekerja di luar.

“Di rumah ada anak kecil dan isteri yang meng4ndung. Jadi, kalau kena kerja dan sebagainya, ambil langkah keselamatan begini,” katanya.

Video yang dimuat naik itu mencecah 76,000 tontonan dalam masa dua jam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Baru Je Kecoh Kehilangan Scha Alyahya Di IG, Sekali Keputusan Ujian Covld-19 Dia Dan Suaminya Awal Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*