Pengantin Ini Buat Lelaki Ser4m Nak Kahwin, Ini Hantaran Paling Mewah Di Dunia

 

Mahar atau ‘mas kahwin’ sememangnya merupakan satu kewajipan bagi para lelaki yang bakal bergelar suami untuk disediakan kepada bakal isteri.

Namun, di zaman yang serba moden ini, kebanyakan lelaki digembar-gemburkan dengan keperluan untuk menyediakan hantaran perkahwinan yang menelan belanja yang agak besar untuk berkahwin dengan pujaan hati.

No money, no talk!

Ini menyebabkan para lelaki akan berasa ‘kecut perut’ serta resah-gelisah sekiranya calon isteri bakal meminta nilai hantaran yang diluar kemampuan mereka.

Namun, demi menghalalkan si kekasih hati, para lelaki akan tetap berusaha keras untuk memenuhi segala permintaan asalkan dapat memiliki gadis idaman mereka sebagai suri hidup.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang sanggup berhabisan wang demi memberi hantaran perkahwinan yang agak ‘grand’ sebagai hadiah kepada si bakal isteri di hari perkahwinan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kembali jagat dunia maya dihebohkan dengan mahar yang fantastis di Jeneponto. Kabar tersebut kini ramai diperbincangkan dan menjadi sorotan warganet di Facebook dan group WhatsApp, Sabtu, (17/10/2020). . Pasalnya pihak laki-laki yang merupakan anggota Polisi tak tanggung-tanggung mengeluarkan uang panai sebesar Rp 300 juta untuk sang perempuan. . Selain itu, emas satu stell, beras satu ton, kuda 3 ekor, tanah kering dan Basah, satu unit mobil Pajero, dan Rumah. . Sebuah foto akun Facebook tersebar di jagat maya dengan postingan status uang panaik (mahar) “300 JT Emas 1 Stel Beras 1ton Kuda 3 ekor Tanah Unit mobil Rumah Mantap sekali dg.puji, . Pemecah rekor Sulawesi Selatan Jeneponto,”akunya dalam statusnya. . Rencana besok acara pernikahan yang di gelar di Kelurahan Tolo Timur, Lingkungan Balang Pasui, Kecamatan Kelara, Kabupaten Jeneponto,Sulsel. . Artikel: Cakrawalainfo.id

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo) on

Hantaran tahap ‘Sultan’ siap 3 ekor kuda

Pemuda yang berusia 24 tahun yang bertugas sebagai seorang anggota polis ini tidak kisah untuk menghadiahkan wanita kesayangannya wang ringgit berkepuk-kepuk sebanyak Rp300 juta (RM84,8273) sebagai hantaran perkahwinan!

Dia juga turut menghadiahkan pelbagai lagi hadiah tahap ‘Sultan’ kepada bakal isterinya antaranya termasuklah sebuah rumah, set barang kemas, 1 ton beras, kereta dan juga dua bidang tanah.

Bukan itu sahaja, malah dia turut menghadiahkan 3 ekor kuda sebagai hantaran!

Mak ai, kahwin dengan anak raja mana ni?

Pecah rekod hantaran paling ‘grand’

Menurut portal media tempatan Makassar Info, hantaran ‘super-mewah’ sebegini seakan-akan sudah menjadi adat biasa khususnya bagi masyarakat di kawasan Jeneponto, Sulawesi Selatan.

Kedua-dua pasangan mempelai ini boleh dikatakan menyondol anugerah ‘Wedding of the year’ kerana berjaya memecah rekod nilai hantaran paling tinggi jika dibandingkan dengan pernikahan pengantin-pengantin yang terdahulu.

Kisah perkahwinan ‘super-mewah’ yang tular ini telah berjaya meraih perhatian netizen di media sosial.

Takut untuk berkahwin

Rata-rata kaum lelaki meluahkan rasa takut untuk berkahwin gara-gara berasa seram mendengar kisah hantaran perkahwinan yang tinggi ini.

Ada yang mengatakan sebaik-baik wanita adalah merendahkan maharnya, manakala sebaik-baik lelaki pula adalah dengan meninggikan mahar.

 

Kalau mampu takpela. Kalau tak, jangan demand lebih-lebih pula. ‘Ukur baju di badan sendiri’ je la ye. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : LOBAK MERAH

 

Be the first to comment on "Pengantin Ini Buat Lelaki Ser4m Nak Kahwin, Ini Hantaran Paling Mewah Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*