Niat Lelaki Ini Datang Balai Polis Nak Report Ditipv Beli Telefon, Tetapi Dit4han Kerana Tak Patuh..

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan yang sesuai kepada seorang lelaki berusia 21 tahun apabila dia ditah4n ketika hadir untuk membuat laporan polis.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 3.20 petang semalam apabila lelaki berkenaan hadir ke Balai Polis Damansara untuk melaporkan telefon bimbit yang dibelinya tidak sama seperti yang dilihat dalam iklan.

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, October 20, 2020

Namun begitu, ketika sedang membuat laporan itu, dia kemudiannya telah mengaku masih menjalani tempoh kuar4ntin seperti diarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika anda tertanya-tanya bagaiamana dia pada awalnya menyembunyikan status atau gelang kuar4ntin yang dipakainya, ini adalah penerangannya.

“Lelaki tersebut mengaku masih menjalani tempoh kuarantin KKM dan telah menyembunyikan gelang kuarantin tersebut di bahagian atas lengan kirinya,” jelas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

Menerusi gambar yang turut dimuatnaik dalam perkongsian Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, lelaki itu dilihat memakai baju berlengan panjang, jadi tidak mustahil jika beliau berjaya menyembunyikan gelang berkenaan.

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, October 20, 2020

“Polis Daerah Petaling Jaya memberi am4ran kepada mereka yang dikenakan perintah kuar4ntin agar patuh kepada arahan pejabat kesihatan daerah dan KKM.

“IPD Petaling Jaya akan memastikan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PKPP. Tindakan tegas akan diambil mana-mana individu yang gagal mematuhinya dan enggan memberikan kerjasama,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada malam semalam.

Rentetan daripada pengakuannya masih menjalani tempoh kuar4ntin, lelaki itu kemudiannya dit4han sebelum diberi jamin polis pada hari yang sama.

Menurut pihak polis juga, beliau akan disi4sat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai telah menyebabkan merebaknya peny4kit selain Sesyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki tersebut boleh dikenakan hukvman penjara selama tempoh tidak boleh sampai dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber: yoy

 

Be the first to comment on "Niat Lelaki Ini Datang Balai Polis Nak Report Ditipv Beli Telefon, Tetapi Dit4han Kerana Tak Patuh.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*