“Dah Kau Mencari, Memanglah Dapat,”- Dikritik Gara-Gara Buka Akaun Tik Tok, Ini Penjelasan PU Azman

Gara-gara mencipta akaun Tik Tok, pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik segelintir pihak kerana dikatakan sengaja melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan.

Tidak mahu tindakan disalah erti, PU Azman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Menurut PU Azman, aplikasi tersebut hanyalah merupakan salah sebuah medium perantaraan dan terserah kepada diri sendiri untuk menentukan ‘content’ yang ingin dicari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Post pertama di tik tok. Cecuber jer. Sesikit dulu. . Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada. . Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. . Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

“Post pertama di tik tok. Cuba-cuba je.

Sikit-sikit dulu. Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada.

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat.

Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” tulisnya.

Reaksi tersebut dikongsikan oleh juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan selain turut berharap agar lebih banyak ‘content’ menarik yang akan dikongsikan oleh PU Azman selepas ini.

Terdahulu, PU Azman mengumumkan dirinya bakal tampil dengan telemovie terbaru berjudul Petaka yang akan bersiran disaluran Astro First.

Sumber: Instagram PU Azman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Dah Kau Mencari, Memanglah Dapat,”- Dikritik Gara-Gara Buka Akaun Tik Tok, Ini Penjelasan PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*