Bapa Semangat Cakap Mandarin Dengan Anak Sekolah Cina, “Sekali Tamil Yang Keluar…”

Memang sukar untuk membesarkan anak dalam lebih dari 2 bahasa tetapi faedah mempelajari bahasa ketiga pada usia yang muda adalah berbaloi kerana otak kanak-kanak yang masih segar mudah untuk mengingati apa yang dipelajari.

Tambahan pula, kanak-kanak yang dapat bertutur dalam lebih dari 1 bahasa lebih cepat dan mudah menerima pelajaran, di samping ia meningkatkan kemahiran dan kreativiti penyelesaian masalah.

Mereka juga terbuka kepada lebih banyak peluang pekerjaan apabila dewasa dan mudah berhubung dengan budaya-budaya lain.

Sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan bagaimana seorang bapa teruja menghantar anaknya ke sekolah Cina. Dalam video yang dikongsikan bapa saudara kanak-kanak tersebut di Twitter, si bapa cuba berbual dengan anaknya dalam bahasa Mandarin walaupun baru 2 minggu bersekolah.

Namun kanak-kanak itu langsung tidak melayan bapanya yang begitu bersemangat, dan hanya menjawab dalam bahasa Inggeris.

Geram tidak dilayan, bapa kanak-kanak itu terus membebel dalam bahasa Tamil padanya, menimbulkan geli hati ramai.

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan keluarga bapa kanak-kanak itu untuk bertutur dalam bahasa Mandarin dan Tamil dengan anaknya serta kesungguhan keluarga untuk mengajarkan kanak-kanak itu pelbagai bahasa walaupun baru berusia 2 tahun.

“Malaysia sepatutnya macam ni…”

“Bayangkan boleh cakap melayu, mandarin, tamil dan inggeris…”

“Apa yang aku faham…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber: HCL/http://trendinggiler.pw/

 

Be the first to comment on "Bapa Semangat Cakap Mandarin Dengan Anak Sekolah Cina, “Sekali Tamil Yang Keluar…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*