“Sedang h4ngat bercinta” My Manja Boy

Kuala Lumpur: Aksi mesra membabitkan pelakon popular, Ruhainies dan Zul Ariffin yang dimuat naik di Instagram menimbulkan persoalan peminat adakah mereka sedang h4ngat bercinta.

Namu, tidak kurang juga yang menyifatkan video, gambar dan keterangan yang ditulis pada setiap hantaran adalah ‘over’.

Ruhainies berkata, dia tidak kisah persepsi yang dilemparkan peminat selain mengakui selesa berlakon dengan Zul.

“Saya tak kisah orang nak kata cinta lokasi atau apa. Bagi saya ia adalah perkara biasa. Mana-mana penggambaran pun, orang akan buat spekulasi sama malah peminat mengharapkan hero dan heroin bersatu secara realiti.

“Saya okay saja dengan persepsi mereka. Apa yang penting saya sudah buat kerja. Diakui, berlakon dengan Zul sangat mudah. Sebelum ini saya dengar Zul seorang yang gar4ng dan macam-macam lagi.

“Tapi, apabila mula berlakon sama, dia sebaliknya. Dia jenis ‘happy go lucky’, kelakar dan kami sekepala. Memang seronok dapat berlakon bersama. Suka berkawan dengan dia,” katanya.

Menurut Ruhainies, bekerjasama dengan pelakon, pengarah dan pasukan yang bagus adalah satu rezeki dalam bekerja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My manja boy 😂 . . Kalau ini pengantin lelaki, habis semalam tu siapa? 🤭 haaaa surprise! #wifisebelahrumah #wifeIsebelahrumah @orangetreeproduction @tv3malaysia

A post shared by @ ruhainies7 on

“Bukan saja pelakon yang ‘best’, tapi pengarah dan kru juga ‘best’. Bagi saya ini satu rezeki dalam bekerja. Tak sedar kami dah nak habis ‘shooting’,” katanya.

Drama Wifi Sebelah Rumah yang bakal ditayangkan di TV3 itu adalah gandingan pertama Ruhainies dan Zul.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "“Sedang h4ngat bercinta” My Manja Boy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*