7 Bulan Terpisah, Suami ‘Surprise’ Isteri Bawa Naik Ford Mustang Tanda Terima Kasih Uruskan Anak-Anak

Selepas tujuh bulan terpisah, seorang suami membuat kejutan kepada isteri tersayang dengan membawanya keluar menaiki Ford Mustang. Itulah yang dilakukan Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, yang telah menyewa kereta mewah tersebut sebagai kejutan buat isterinya, Norhariyanti Abu Bakar, 38.

Menurut Harian Metro, Shahrussin bekerja di Singapura dan tidak dapat pulang ke rumahnya di Johor Bahru dek kerana penutupan sempadan sejak 7 bulan lepas.

Jadi, pada 3 Oktober lalu dia telah kembali ke Malaysia dan menjalani kuarantin kendiri sebelum pulang ke rumah keluarga di JB pada 6 Oktober selepas disahkan negatif Cov1d-19.

 

Tanda terima kasih jaga anak, pemilik kereta taja sepenuhnya

Shahruddin sendiri telah berkongsi video pertemuannya di akaun Facebook pada 6 Oktober lepas dan mendapat puluhan ribu tontonan.

“Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.”

“Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.”

“Pemilik kereta beritahu dia tersentuh dan terharu dengan kisah yang saya kongsikan di FB dan ingin menaja penuh kenderaan itu.”

 

Terpaksa tinggal anak umur 3 bulan…

Sepanjang 7 bulan tidak dapat jumpa, hanya video call pangub4t rindunya kepada anak-anak. Malah, lebih menyedihkan dia terpaksa meninggalkan anak lelaki pertamanya.

“Saya juga terpaksa meninggalkan anak lelaki pertama saya yang baru saja berusia tiga bulan ketika itu. Kedua-dua anak saya seakan tidak mengenali saya kerana mereka masih kecil sewaktu saya meninggalkan rumah.”

 

Rahsiakan kepulangan, surprise keluarga

Katanya lagi, dia memang sengaja merahsiakan kepulangannya ke kampung kerana mahu memberi kejutan kepada seluruh ahli keluarganya.

“Ibu saya tergamam dan tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana sudah pulang memandangkan kali pertama saya berjauhan dengan keluarga.”

“Jika diikutkan rutin harian kerja, saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja namun disebabkan penutupan sempadan saya terpaksa menyewa katil bernilai 400 dolar Singapura (RM1,221) sebulan.”

“Mujur saya tidak dibuang kerja waktu itu kalau tidak mungkin senasib dengan gelandangan di sana yang dibuang kerja tetapi tidak dapat pulang ke Malaysia.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment on "7 Bulan Terpisah, Suami ‘Surprise’ Isteri Bawa Naik Ford Mustang Tanda Terima Kasih Uruskan Anak-Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*