“Jangan Paksa Diri Yang Penting Tutup ‘Gunung-Ganang'” – Khiriah Ajar Cara Jaga Aurat

Pelakon Noorkhiriah menasihati individu yang mahu melakukan penghijrahan dari segi penampilan imej yang menutup aurat agar tidak melakukannya secara drastik.

Ini kerana, menurut Noorkhiriah dia bimbang sekiranya perubahan diri secara mendadak itu sukar untuk terus dikekalkan sehingga ada yang cuba untuk kembali dengan imej lama.

“Jangan drastik nanti kot terkejut diri, itu yang patah balik tu.

“Mula-mula, jangan paksa diri untuk labuh (pakai). Yang penting, tutup ‘gunung-ganang’. Berubah itu mudah istiqamah itu susah,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut Noorkhiriah turut memuat naik dirinya dengan imej tudung labuh yang mula dipraktikkannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hidup ni proses,bagi peluang kat diri sendiri..jgn tengok orglain sb xde 1 pun sama dgn ssapa,yg menulis ni harubiru lagi tapi Syukur bila Allah dah bagi..tp takyahlah jadi orglain..maintain je apa yg ada cuma hidupkan proses..kalu dulu tselak sana sini..skrg tutuplah..mgkn yg muda tak rasa lagi tp bdoalah bila tua ada rasa MALU..harap SEMPAT..kita berhak merubah diri kita sendiri..perlahan2 InshaAllah Istiqomah..tak mudah dan tak susah kalau betui2 nak transform..share kebaikan bukan bermakna dah baik..tp jgn dipandang siapa yg menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan..tiap manusia ada sisi gelap..maka jomlah kita putihkan tanpa merendah2kan sesiapa❤️

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menurutnya lagi, langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan cuba menutup bahagian anggota badan yang wajib.

“Ajar diri sedikit demi sedikit untuk tutup aurat yang wajib, lengan, kaki, kepala, anggota lain.

“Bukan sekadar tutup tetapi longgarkan pakaian agar tak ada benjol, bengk4k sana sini..itukan aurat,” jelasnya.

Pada masa sama,  Noorkhiriah turut menasihati mana-mana individu yang cuba berhijrah untuk tidak mudah terkesan dengan cakap-cakap orang sekeliling yang mungkin mengkr1tik.

“Kalau orang kata apa-apa diam jangan balas. Nak berubah tak semudah yang disangka. Semua ini Allah yang suruh bukan ustaz bukan juga ustazah. Allah sayang kita hambaNya sebab azab membuka aurat dengan sengaja sangat hebat.

“Makin lama makin ramai yang mempamerkan tubuh demi kepuasan diri. Doakan sebab pengakhiran seseorang itu kita tidak tahu.

“Ingat..labuh tidak selamanya labuh, singkat tidak selamanya singkat. Petunjuk dan hidayah milik Allah. Terus doakan diri sendiri dan semua,” katanya.

Sebelum ini, Noorkhiriah pernah mengakui terdetik bimbang akan nasib rezekinya sebagai pelakon sebelum membuat keputusan untuk berhijrah kira-kira sedekad yang lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Jangan Paksa Diri Yang Penting Tutup ‘Gunung-Ganang'” – Khiriah Ajar Cara Jaga Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*