“Dia Seorang Yang Mempunyai Asas Agama Yang Bagus,” – PU Riz Di Mata Neelofa..

Neelofa mengakui dirinya sudah ‘kalis’ apabila sering dikaitkan dengan beberapa selebriti sebelum ini, termasuk yang terbaru pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz.

Neelofa menjelaskan, dia mengambil pendirian bahawa segala gos1p yang datang adalah sebagai asam garam selebriti yang sudah lebih sedekad dalam bidang hiburan.

Menurutnya lagi, dia sudah lama mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dan sudah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Sebelum ini, hubungan keduannya dikatakan rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu pernah diundang menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Hos MeleTOP ini pada masa sama menyifatkan, Riz sebagai pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

“Kami sejujurnya sudah saling bekerjasama sejak tiga ke empat tahun yang lalu. Malah selepas 1su pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan dahulu pun, sejak itu kami banyak lakukan bersama.

“Misalnya bersama dengan Ustaz Tarmizi dan Hariz (PU Riz) sendiri. Kebanyakan program yang dilakukan tidak melibatkan media dan hanya tertumpu kepada ‘team’ Naelofar Hijab. Jadi ia tidak terlalu didedahkan.

“Malah sebelum ini pun ada juga kami lakukan bersama majlis buka puasa dan sesi tazkirah misalnya. Cuma sekarang ada yang kaitkan mungkin kerana penglibatannya lebih kerap.

“Contohnya menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Riz adalah sebagai jurucakap pertubuhan ini. Boleh dikatakan, dua ustaz ini merupakan antara individu yang kerap saya bekerjasama.

“Dia seorang yang mempunyai asas agama yang bagus. Maksudnya, bagi saya dia seorang pendakwah yang boleh menarik minat ramai untuk mendengar. Ia satu perkara yang mungkin tidak ramai orang ada. Dia juga bijak,” akuinya kepada MH.

Ditanya mengenai soal jodoh, Neelofa sekali lagi menegaskan dirinya akan akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan mendoakan yang terbaik daripada semua.

“Pasal kahwin bagi saya terlalu sangat banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.

“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku, saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.

“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini.

“Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu.

“Kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.

“Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya lagi.

Kisah hubungan mereka turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan spekulasi pasangan itu mempunyai hubungan istimewa.

Neelofa ditemui pada sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Program bual bicara eksklusif itu menampilkan tetamu undangan VIP yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing. Ia mengetengahkan pelbagai perkongsian peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini merangkumi pelbagai topik.

Next To Neelofa bersiaran setiap Khamis, jam 9.00 malam mulai 23 Julai lalu secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Foto: Astro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Dia Seorang Yang Mempunyai Asas Agama Yang Bagus,” – PU Riz Di Mata Neelofa.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*