“Ibu Mahu Cepat Tamatkan Zaman Bujang”..- Kilafairy

Sebagai seorang ibu semestinya mahukan anaknya mempunyai pasangan dan hidup bahagia. Termasuklah ibu Kilafairy iaitu penyanyi Rohana Jalil yang mengakui senang hati jika anaknya itu menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

“Kalau boleh saya memang nak Kila cepat kahwin. Gembira rasanya kalau anak dah lepas (kahwin).

“Saya tahu buat masa ini dia memang berkawan-kawan dengan lelaki. Apabila ditanya mengenai soal tunang atau kahwin, dijawabnya lambat lagi,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Have you said Alhamdulillah today? 💖

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Mengulas mengenai penghijrahan anaknya yang sudah pun berhijab, Rohana berkata beliau sangat bersyukur dengan keputusan Kilafairy dan mendoakan yang terbaik buat anak bongsunya itu.

“Perubahan itu dibuat sendiri tanpa paksaan. Tengok-tengok dia dah bertudung. Kila beritahu dia memang serius nak bertudung dan saya mendoakan yang terbaik. Minta-minta apa yang dilakukan ini berkekalan,” katanya.

Rohana berkata anaknya juga sudah menjual koleksi baju seksinya itu. Meskipun sebelum ini anaknya itu berdepan dengan pelbagai kecaman, namun beliau tidak runsing kerana pernah merasai situasi sedemikian ketika muda.

“Saya tak benarkan dia berikan begitu saja atau sedekah kerana tak bagus pula. Saya sedar Kila sentiasa berdepan kec4man warganet sebelum ini tapi sebagai ibu saya tak runsing sangat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Those who seek better life must first become a better person. InshaAllah ✨

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

“Ketika zaman muda pun, saya dah merasai semua ini. Saya tak layan segala cerita negatif mengenai Kila. Kalau ambil peduli memang akan s4kit hati,” katanya.

Dalam pada itu, Rohana turut meluahkan rasa syukur kerana rezeki anaknya tetap ada meskipun sudah berhijrah. Malah, Kilafairy juga nampak lebih gembira dengan kehidupannya kini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Ibu Mahu Cepat Tamatkan Zaman Bujang”..- Kilafairy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*