Jari Kaki Ret4k Akib4t Jatuh Tangga, Isteri Hazama Dinasihati Untuk Berehat

Pengarah muzik, Genervie Kam, 39, yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon Hazama, 36, ret4k jari kaki selepas terjatuh dari tangga.

Ketika dihubungi Gempak, Hazama berkata pada awalnya mereka beranggapan hanya terseliuh.

“Genervie jatuh tangga kelmarin dekat tangga studio BSYNC. Mula-mula kami ingatkan terseliuh ja.

“Semalam pergi buat x-ray baru tau ada sikit retak kat bahagian jari kelengkeng,” katanya.

Terdahulu, Genervie ada berkongsi foto kakinya dibalut selepas melakukan imbasan x-ray di sebuah hospital swasta.

Oleh sebab itu, isteri kepada pelantun lagu Penglipur Lara itu  dinasihatkan untuk berehat selama tiga minggu.

“Sekarang ini doktor minta Genervie untuk kurangkan bergerak. Dia kena rehat selama tiga minggu.

“Jadi saya la yang akan menguruskan tempahan asam laksa buat masa sekarang,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari raya. From Mr & Mrs Hazama 😘😘😘. Maaf zahir dan batin kalo ada tersilap atau terkasar DAY 1 RAYA – BBQ with family #selamathariraya

A post shared by Genervie Kam (@generviekam) on

Sekadar info, Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Jari Kaki Ret4k Akib4t Jatuh Tangga, Isteri Hazama Dinasihati Untuk Berehat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*