“Daripada CEO Kini Menjadi Menteri Kewangan” – Ini Latar Belakang Tengku Datuk Seri Zafrul Yang Tak Ketahui Umum,Bukan Calang Calang Orang

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Kewangan, bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

Tengku Zafrul, 47, yang akan dilantik sebagai Senator untuk membarisi Kabinet baharu berkata, beliau tetap menerima tanggungjawab diamanahkan itu dalam kedudukan ekonomi negara dan global yang mencabar.

Beliau berkata, kerjasama antara pemegang taruh yang berkaitan akan memberikan kejayaan kepada negara.

“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyumbang kepada negara,” katanya kepada BH, hari ini.

Pengalaman Tengku Zafrul selama 22 tahun dalam bidang perbankan dijangka menjadi kelebihan untuk beliau menerajui Kementerian Kewangan.

Selain menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB, beliau juga berpengalaman luas mengisi pelbagai jawatan di bank serta syarikat terkemuka negara.

Image result for Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sebelum menerajui CIMB, jawatan terakhir beliau bersama Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Beliau juga menjadi pegawai kanan di Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings Berhad dan Avenue Securities.

Malah sebagai usahawan berjaya, beliau menubuhkan Tune Money Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan penyedia kewangan online ‘no-frills’ pertama di Asia.

Tengku Zafrul juga adalah Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), yang bertanggungjawab mewakili Malaysia dalam mempromosikan perdagangan dan kolaborasi di Asia Pasifik.

Selain itu, beliau adalah Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia dan Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, selain Komander Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tengku Zafrul memiliki Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Rendah Sri Petaling dan Sekolah Rendah Bukit Bintang, serta memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum mengikuti pengajian A Level di Sherborne School, Dorset, UK.

Sumber Bharian

Be the first to comment on "“Daripada CEO Kini Menjadi Menteri Kewangan” – Ini Latar Belakang Tengku Datuk Seri Zafrul Yang Tak Ketahui Umum,Bukan Calang Calang Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*