Sampai Menteri Pun Panggil Jumpa Adik Ini Selepas Surat Dia Hantar Kepada Pengerusi Masjid Tular.

 

” Sy berbual mesra dan mengenali adik ini dengan dekat, masya-Allah auranya dapat saya rasa, kanak-kanak berusia 10 tahun dikurniakan Allah S.W.T keberanian dan kepetahan.

Demikian kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, yang menyatakan rasa teruja dan kagum bertemu dengan kanak-kanak yang menjadi terkenal apabila surat bantahannya kepada pengerusi masjid tular di media sosial.

Menteri hal ehwal agama itu berkata, beliau gembira menerima kehadiran Nadzrul Zarfan Sharul Azly, hari ini.

” Saya gembira terima kehadiran adik Nadzrul Zarfan, sebelum ini tular surat ditulisnya kepada pengerusi sebuah masjid, dia diminta berundur ke saf belakang dari saf pertama walaupun sudah berkhatan.

” Dalam perbualan saya, dia cerita tentang idolanya, antara disebut Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya walaupun usia 94 tahun tapi masih sihat memimpin dan membangunkan Malaysia.

” Kemudian dia sebut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, dia sebut seorang berilmu, bijak menjawab permasalahan isu masyarakat dengan hikmah dan penuh fakta,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini surat yang ditulis Nadzrul Zarfan kepada pengerusi sebuah masjid menjadi tular di media sosial.

Dalam surat tular itu, Nadzrul Zarfan menyatakan rasa tidak puas hati kerana dihalau dari saf hadapan.

Beliau justeru mahu imam dan pengerusi surau menyatakan sama ada terdapat hadis yang menyebut budak-budak harus duduk di barisan belakang ketika solat.

Beliau juga berkata beliau sudah berkhatan, khusyuk bersolat dan tidak bermain seperti kanak-kanak lain dalam solat.

Pelbagai reaksi netizen terhadap surat tersebut antaranya mengagumi keberanian kanak-kanak itu mengkritik dan mempertahankan haknya untuk mengerjakan solat di saf depan masjid seperti mana jemaah dewasa.

Malaysiakini difahamkan pertemuan di pejabat Mujahid di Putrajaya itu berlangsung hampir 30 minit. Murid 10 tahun dari Kuala Lumpur itu hadir bersama anggota keluarganya.

Mahu jumpa Mahathir

Sementara itu Mujahid berkata, Nadzrul Zarfan bercita-cita untuk menyambung pelajaran di Universiti Madinah, menjadi pensyarah dan mufti Wilayah Persekutuan.

” Adik ini juga sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya memimpin tenteranya membuka Kota Konstantinopel menjadi Istanbul sekarang, saya terpegun melihat kepetahan dia bercerita tentang kisah Muhammad Al-Fateh.

” Adik ini juga mempunyai cita-cita yang mulia, ingin menyambung pelajaran ke Universiti Madinah, kemudian menjadi pensyarah, dan jika diberikan peluang hendak menjadi mufti Wilayah Persekutuan suatu hari nanti,” katanya.

Tambah beliau, ibu bapanya pasti berbangga memiliki anak sedemikian dan beliau tidak akan lupakan apabila Nadzrul Zarfan memetik kata-kata Sultan Muhammad Al-Fateh.

” Jika suatu saat masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising dan gelak tertawa anak-anak riang di antara saf-saf solat di masjid-masjid, maka sesungguhnya takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian di masa itu.

” Masya-Allah hebat aura adik ini. Semoga beliau terus istiqamah dengan agama.

” Di akhir pertemuan, dia sempat sampaikan salam dari seorang pejuang kemerdekaan kepada saya dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

” Dia juga titipkan surat ditulisnya kepada Dr Mahathir dengan harapan dapat bertemu pemimpin idolanya tersebut,” jelas Mujahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

Sumber : maIaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "Sampai Menteri Pun Panggil Jumpa Adik Ini Selepas Surat Dia Hantar Kepada Pengerusi Masjid Tular."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*