Azar Azmi bertunang dengan bapa tunggal

PELAKON Azar Azmi dipercayai mengikat tali pertunangan dengan seorang bapa tunggal yang juga produser filem kira-kira jam 2 petang, hari ini.

Menurut sumber yang enggan dikenali, majlis pertunangan pelakon drama Nur 2 dengan produser berkenaan berlangsung secara tertutup di Mesra Abadi 8 Wedding Venue, Keramat.

Acara menyarungkan cincin disempurnakan oleh ibu produser disaksikan keluarga dan rakan terdekat termasuk beberapa rakan artis yang sempat hadir seperti Fasha Sandha dan Fazli Zainal.

Selain cincin sebagai tanda pertunangan, pelakon itu turut menerima beberapa dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Azar yang ternyata bijak menyembunyikan hubungan cintanya, difahamkan sudah mengenali dvda anak dua itu sejak lebih lima tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, Azar dan produser itu dijangka mengikat tali pertunangan selama setahun dan bakal disatukan pada penghujung tahun depan.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen pada akaun Instagram Azar, pengurusnya yang dikenali sebagai Kam turut meninggalkan komen ucapan tahniah atas pertunangan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Kasi Viral

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Azar Azmi bertunang dengan bapa tunggal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*